Bengkung Kain Biodex - RM 38.00
Size : Free SizeBengkung kain telah digunakan secara tradisi sejak berzaman. Bengkung kain digunakan untuk wanita selepas bersalin (secara normal) ketika dalam pantang. Bengkung kain bertujuan untuk mengempiskan perut, mengelakkan dari perut mengelambir, merampingkan pinggang dan pinggul setelah ia mengembang sewaktu hamil. Bengkung kain diperbuat daripada kain kasa belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa untuk dipakai.
Bengkung kain direka khas bagi tujuan menutup seluruh kawasan perut bermula bawah payudara sehingga ke pinggul. Ia juga cukup kemas tanpa masalah ia menaik, berlipat dan berkumpul di perut. Boleh dipakai sendiri oleh ibu yang bersalin mengikut ketat yang diingini tanpa mengganggu pergerakan. Bengkung ini amat sesuai digunakan bersama Bengkung Herba.
Kegunaan
- Membantu membentuk kembali tubuh badan terutamanya di bahagian pinggang, pinggul dan perut disebabkan oleh proses kehamilan.
- Mencantikkan bentuk badan supaya lebih kemas.
- Menggelakkan perut mengelambir dan mengempiskannya.
- Mengelakkan masalah kembong dan bentan.
- Membuatkan perut berasa kemas dan mengelakkan pengambilan makanan yang berlebihan.
- Boleh digunakan bila-bila masa walaupun bukan dalam pantang.
- Sapukan Bio Spa Lotion terlebih dahulu di kawasan perut, pinggang, pinggul dan peha.
- Di cadangkan memakai berserta dengan Bengkung Herba yang telah dipanaskan. Ikat Bengkung Herba terlebih dahulu.
- Bengkung kain kemudiannya diikat mengikut tahap ketat yang diingini meliputi bawah payudara sehingga ke bawah punggung dalam posisi berdiri.
- Wanita yang bersalin melalui pembedahan tidak digalakkan memakainya.