Rempah Mandi Jamu Mak Dara - RM30.00
200 gramCara Penggunaan:
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk sehingga mendidih. Ambil tiga cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas / suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.
Khasiat:
Rempah Mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasukki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu, ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.
______________________________________________________________
Ibu Mandi Jati Indah (2 paket) - RM24.00
Berfungsi membuang angin dan lenguh dalam badan, memanaskan badan ibu bersalin, mengembalikan kesegaran badan, meredakan keletihan dan stress.
Cara Penggunaan :
Rebus 1 bungkus ibu mandi bersama daun mandi, biarkan suam dan mandilah seperti biasa. Jika tidak ada daun mandi, rebus ibu mandi bersama 1 baldi air, ambil 3 jag campur dengan 1 baldi air biasa, mandilah sehingga ibu mandi yang direbus hilang bau dan warnanya.
______________________________________________________________
Mandian Rempah Herba Tradisional - RM15.00
Berupa rempah ratus dan kayu-kayu herba
______________________________________________________________
Mandian Herba TYT - RM10.00
2 sachet x 40 gramDigunakan semasa berpantang, ibu bersalin sering mengelak dari "mandi" sebab bimbang mengidap 'angin dalam badan' dan sakit kepala. Tetapi peluh yang terkumpul semasa bersalin menyebabkan bakteria merebak, oleh itu, penting untuk sentiasa menjaga kebersihan badan. Mandian Herba Bersalin TYT dapat membantu untuk membersih dan memulihkan kekuatan badan.
Mandian Herba Bersalin TYT disediakan khas mengikut formula tradisional. Ia mengandungi herba terpilih yang berfungsi meningkatkan edaran darah, menghilangkan angin badan dan mengukuhkan otot dan sendi.
Digunakan untuk:
- Mandi dan lapkan badan (semasa dalam pantang)
- Merendam badan selepas penat berkerja (untuk kaum lelaki juga)
______________________________________________________________
Mandian Herba Biodex - RM25.00
Dalam Uncang
Dalam Uncang
______________________________________________________________
Herba Mandian Aura Inner - RM35.90
Bahan-Bahan:
Daun Capa / Sembung, Daun Serai Wangi, Daun Meringan, Daun Inai, Daun Pandan, Daun Lamuni, Daun Senduduk, Daun Cemumar Dan Lain-Lain Lagi.
Herba Mandian Aura dipek di dalam uncang yang lebih moden agar mudah digunakan. Penggunaan dedaun herba ini secara tradisional dapat membantu melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan, mengembalikan kesegaran dan meningkatkan aura dalaman serta berfungsi sebagai aromaterapi untuk mengurangkan stress. Amat sesuai bagi ibu selepas bersalin untuk mengendurkan urat dan saraf setelah melalui proses kelahiran. Boleh juga digunakan sebagai persediaan mandian bagi individu yang mengalami demam panas yang berterusan. Setiap uncang boleh digunakan lebih dari sekali atau sehingga pati / warna atau aromanya hilang.
Cara Penggunaan:
- Masukkan 1 uncang Herba Mandian Aura ke dalam 3 liter air.
- Rebuskan uncang hingga mendidih selama 15 hingga 30 minit.
- Campurkan air sejuk sehingga ianya mencapai suhu yang bersesuaian untuk mandi.
- Jirus air rebusan Herba Mandian Aura ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan supaya air rebusan dapat meresap ke dalam badan.
Peringatan:
Elakkan menjirus kepala dan rambut denga air rebusan herba yang panas bagi mengelakkan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
______________________________________________________________
Rempah Harum Sari Mustika Ratu - RM10.00
100 gram (Serbuk)Dirumus dari bahan-bahan alami secara tradisional untuk memperlancarkan peredaran darah, mengurangi lemak-lemak di badan dan mengubati keputihan serta menghilangkan bau badan. Memberikan kesegaran fisik dan keharuman yang khas.
Cara Pemakaian:
Masukkan serbuk Rempah Harum Sari ke dalam baldi atau bath tub dan tuangkan air panas agar Sari yang berkhasiat dapat keluar dari Rempah Harum Sari kemudian tuangkan air dingin sehingga menjadi hangat sekuat badan. Siramlah keseluruhan tubuh atau rendamlah seluruh badan selamag 15-20 minit.Bagi yang mempunyai Sauna di rumah, anda boleh juga meletakkan di dalam periuk sauna dengan membuat seperti bunjut. Nikmati keharuman dan segaran sambil bersauna.