Wednesday, January 16, 2013

Bengkung Leesa

Bengkung Leesa - RM 49.00
Size : Free Size
  • Bengkung adalah amalan tradisi, di mana sekeping kain (bengkung) diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.
  • Bengkung CORRECTEUR dari leesa adalah singkatan 'Correct & Contour', khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.
Fungsi
  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
  • Merampingkan kembali pinggang.
  • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  • Menaik dan membentuk kembali punggung.
  • Mempercepatkan perut terasa penuh bagi mengelakkan terlebih makan.
  • Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.
Maklumat Tambahan
  • Dijahit 2 lapis, sangat kuat dan tahan untuk penggunaan yang lama.
  • Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh. Sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan.
  • Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut (banyak bengkung jenama lain di pasaran dibuat dari kain yang licin dan nipis serta tidak cukup labuh sehingga mudah menaik dan berkumpul di perut).
  • Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  • Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakkan.
  • Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama gel pelangsing Body Contour Gel dari Leesa Formula.
Penggunaan
  • Setelah menyapu Body Contour Gel di perut, pinggul dan peha, berdiri tegak dan letakkan bengkung dari bahagian belakang abdomen menghala ke depan dengan punca tali berada di bawah.
  • Jika bengkung terlalu lebar, sila klim atau jahit di bahagian tengah bengkung.
  • Lipat bahagian kanan kain ke dalam, manakala sebelah kiri kain di bahagian luar dengan punca tali yang kelihatan di bahagian bawahnya.
  • Mula mengikat dengan memasukkan semua tali ke dalam lubang pertama yang berhadapan dengan punca tali, kemudian tarik sehingga ketat. Lakukan cara yang sama hingga di lubang kedua atas yang bertentangan (menjadi ikatan bersilang), sehingga habis semua lubang diikat kejap.
  • Setelah rasa cukup ketat dan selesa, simpulkan lebihan tali tadi di bawah ikatan bengkung.
  • Pakai pada waktu pagi dan malam berterusan selama 40 hari.
  • Jika bersalin secara pembedahan, gunakan selepas 2 minggu dan ikat mengikut keselesaan tanpa menyakitkan tempat jahitan.