Set Jamu Bersalin Warisan Afiat
Harga : RM 85.00
Kos Penghantaran : RM 20.00
Set Bersalin Ini Mengandungi :
Air Jamu Muparam, Kapsul Wanita, Param Hangat , Barut Berubat, Minyak Herba Warisan Afiat, Balm Herba Warisan Afiat, Akar Kayu, Air Lemuju Kukus, Perabun dan Tali Pembentan. Mengenai Produk : Jamu Bersalin Yang Lengkap Khusus Untuk Mengembalikan Kecergasan Anda. Jamu Bersalin Warisan Afiat mengandungi 10 bahan utama yang lengkap untuk 44 hari berpantang bagi wanita selepas bersalin. Produknya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Diasaskan oleh Tuan Haji Panjang Kamaruddin dan termashur sejak Tahun 1924.
Keterangan & Cara Penggunaan
Cara Guna Jamu Bersalin Warisan Afiat:
Air Jamu Muparam
Rawatan dalaman, di minum selepas 3 atau 4 hari bersalin dalam masa 3 hari berturut-turut. khasiatnya— melancarkan perjalanan darah, melegakan kesakitan, sakit kepala, mengurangkan keputihan serta mengelakkan dari Angin Meroyan, mengencangkan otot-otot, mengecutkan dan menyihatkan rahim.
Kapsul Wanita
Rawatan dalaman untuk 44 hari dalam bentuk kapsul. Dimakan selepas 3 atau 4 hari bersalin. Khasiatnya— menguatkan dan mengencangkan otot-otot tubuh, melegakan letih lesu, membuang angin dan menambahkan tenaga, melegakan sakit pinggang dan lemah anggota badan. Mengatasi penyakit kebas, lenguh,sakit urat-urat serta menyihatkan rahim khusus untuk wanita lepas bersalin.
Param Hangat
Untuk kegunaan luaran—dibancuh dengan air suam, kemudian disapu untuk kesihatan kulit serta menjaga tubuh badan daripada penyakit kebas dan lenguh.
Barut Berubat
Ramuan tradisi untuk mengempiskan perut serta mengecutkan rahim dan urat-urat perut dan merampingkan pinggang.
Minyak Herba Warisan Afiat
Untuk di urut seluruh tubuh badan bagi melegakan otot-otot tubuh badan yang tegang, melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit sendi dan terseliuh.
Balm Herba Warisan Afiat
Ramuan Pati amat sesuai untuk bayi baru lahir. Kegunaannya untuk mencegah dari kembung dan sakit perut.
Akar Kayu
Untuk direbus pada hari yang ke 20 dalam masa berpantang dan di minum sehingga 44 hari.
Air Lemuju Kukus
Untuk kesihatan tubuh badan, menambahkan tenaga dan meningkatkan kecergasan, melegakan sakit atau kembung perut, senak atau angin memulas-mulas serta melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
Perabun
Letakkan Perabun ke dalam kain, perasapkan ” suam-suam” lalu tuamkan ke perut bayi atau sekiranya angin pepasang tuamkan pada tempat yang sakit.
Tali Pembentan
Untuk mencegah dari Bentan seandainya si Ibu kerap bergerak.
Ubat Bersalin Afiat
Harga : RM 85.00
Kos Penghantaran : RM 20.00
Mengenai Produk :
Ubat Bersalin Afiat merupakan produk Afiat Marketing yang dipasarkan semenjak tahun 1924. Ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin. Ubat Bersalin Afiat boleh digunakan sehingga habis pantang 44 hari.
Ubat Bersalin Afiat mengandungi 9 jenis:
Pil Afiat (528 biji)
Ubat Bersalin Afiat mengandungi 9 jenis:
Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam. Untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga.
Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi bertujuan untuk memanaskan badan selepas mandi.
Minyak Afiat
Untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.
Balm Afiat
Untuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.
Akar Kayu
Untuk direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari, untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
Bengkung
Untuk membantu mengempiskan perut.
Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.
Feminin Care
campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita.
memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
Gel Mandian Serai Wangi
Diadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badan dan khasiatnya sama seperti mandi lulur.
Keterangan & Cara Penggunaan
Afiat Ubat Bersalin
Ubat bersalin ini serba lengkap untuk 44 hari.Isi-isi yang terkandung di dalam set ini ialah:
Minyak Afiat (250 ml)
Untuk urutan wanita lepas bersalin. Lain-lain kegunaan ; lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas. Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.
Gel Mandian Serai Wangi (125 ml)
Di adun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan. Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.
Feminine Care (Pencuci Wanita) (60 ml)
Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.
Bedak Hangat Afiat (100 g)
Digunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.
Pil Jamu Afiat (528 biji)
Untuk dimakan selepas bersalin. Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
Akar Kayu Periuk Afiat (100 g)
Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml. Minum airnya segelas; 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin. Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.
Bengkung
Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan. Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat. Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat). Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi. Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.
Balm Afiat
Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.
Makjun Bawang Putih
Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.
Tali Pembentan Afiat
Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu.