RM250.00
Produk
kesihatan tradisional yang lengkap untuk kegunaan wanita lepas
bersalin. Ramuan herba yang terdiri daripada herba untuk dimakan, minyak
urut, barut berherba, herba mandian dan juga herba bawahan. Sudah
digunakan sejak ratusan tahun lagi. Ramuan herba yang diwarisi sejak
ratusan tahun ini digunakan oleh masyarakat Pattani sebelum sampai ke
Kedah melalui warisan keluarga.
Sudah 30 tahun bertapak di Kedah
Mula dijual secara tradisional sejak 1981 . Kini sudah berpuluh tahun digunakan oleh wanita lepas bersalin di serata Kedah.
Keluaran ROHDANI ENTERPRISE
Kini ramuan herba turun-temurun ini sudah berada
dalam pasaran dengan nama "Set Bersalin Jati Indah" keluaran Syarikat
Rohdani. Lengkap dengan semua kelulusan yang selayaknya sebagai produk
farmaseutikal moden.
dengan kelulusan GMP (No MAL : 10110100TC) , Set Bersalin Jati Indah dijamin selamat dan bersih untuk digunakan.
Set Bersalin Jati terdiri daripada:
1. Tablet jati Indah (100 biji pil untuk dimakan setiap hari semasa berpantang)
2. Bengkong Jati Berherba (Dipakai setiap masa semasa berpantang)
3. Losyen Jati Emas (Losyen urut untuk kegunaan ibu)
4. Losyen Jati Embun (Losyen urut untuk kegunaan bayi)
5. Harum Bawahan (Ramuan herba )
6. Ibu Mandi (Herba mandian yang direbus dan dicampur dengan air untuk mandi)
Kenapa pilih "Set Bersalin Jati Indah"?
Set yang lengkap untuk kegunaan ibu bersalin
Dengan
6 produk dalam "Set Bersalin Jati Indah" ini sudah cukup untuk
mengembalikan tenaga zahir dan batin, serta membuatkan susuk tubuh ibu
bersalin kembali ramping. Anda tak perlu lagi membeli produk-produk lain
lagi.
Selesa di pakai sewaktu berpantang
Herba yang terkandung dalam set bersalin adalah dalam bentuk moden seperti tablet dan krim, mudah dan selesa untuk disapu.
Set berserta bengkong berherba
Bengkung
yang dibekalkan adalah bengkong berherba, adalah bengkong yang sangat
istimewa kerana herba yang digunakan akan membuatkan perut ibu bersalin
kempis dengan cepat dan tak perlu menungku.
Anda boleh elakkan pembaziran.
Oleh
kerana barangan yang terkandung di dalam set ini adalah pelbagai guna,
ia juga boleh di pakai untuk kesihatan dan kecantikan anda walaupun anda
telah habis tempoh berpantang. Jangan membazir!
Keanggunan anda pasti terserlah
Keanggunan anda pasti terserlah
Anda
pasti kelihatan lebih muda dan bergaya dengan set bersalin Jati Indah
kerana anda mendapat khasiat penjagaan dan pemakanan yang tinggi selepas
bersalin.
Bolehlah anda menggayakan baju kebaya yang telah lama anda gantung dalam almari.
Pasangan anda pasti kagum
Beliau
pasti lebih menyayangi anda kerana mendapat seorang isteri yang
mementingkan kesihatan dan kecantikan walaupun telah berkahwin dan
mempunyai anak.
Keterangan terperinci 6 produk "Set bersalin Jati Indah"
1. Tablet jati Indah (100 Biji) – RM80.00
Terdiri daripada gabungan 8 herba yang setiap satunya mempunyai khasiat yang cukup tinggi untuk kegunaan wanita lepas bersalin, malahan boleh juga digunakan oleh wanita tidak mengandung. Gabungan 8 Herba tersebut adalah; (Jintan Hitam, Biji Buah Pala, Manjakani, Bunga Keduduk putih, Biji Melada, Bunga Bakawali, Halia dan Ibu kunyit).
a. Khasiat Bunga Senduduk Putih
Berfungsi untuk:
Merawat ibu lepas bersalin dari segi;
1. pendarahan dalaman selepas bersalin
2. faraj berbau lepas bersalin
3. badan masuk angin lepas bersalin
4. Merawat darah penyakit pada wanita
5. Merawat keputihan
6. Kencing tidak lawas
7. Merawat lemah tenaga batin
8. Merawat kaki keras lepas bersalin
9. badan letih lepas bersalin
Juga bunga senduduk putih boleh merawat;
1. Berak berdarah
2. Buasir
3. Berak Berdarah
b. Khasiat Jintan Hitam juga dikenali sebagai Habbatus sauda
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain gunakanlah Habbatus Sauda・kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)・(HR.Bukhari, Muslim)
Memulihkan
penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut,
kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid,
menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Melegakan dan mengurangkan pembengkakkan. Meningkatkan daya tahan penyakit (Immunity). Antiseptik, mengubati bau mulut.
Anti-bakteria - berkesan untuk penyakit seperti cirit-birit dan masalah perut lain. Anti-Histamine - sangat sesuai untuk penghidap asma.
c. Khasiat Biji Buah Pala
Melegakan Kembung Perut dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi.
d. Khasiat Manjakani
Awet Muda - Sifat astrigen manjakani akan menegangkan dan mencantikkan kulit dan mencegah masalah kulit muka seperti jerawat
Mencegah barah rahim dan payudara – Antioksidan dalam manjakani juga mencegah barah payudara dan barah rahim
Menegangkan otot-otot dalam faraj - Sifat
astrigen manjakani yang berfungsi untuk menegangkan semula tisu dan
otot akan menegang dan mengetatkan semula otot-tot faraj.Terutamnya
selepas bersalin.
Menegangkan payudara - Sifat astrigen manjakani juga boleh menegangkan semula payudara yang hilang sifat keanjalannya.
Mengawal lelehan dan lendir dalam faraj - Manjakani mempunyai sifat astrigen yang akan menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang menyebabkan bau tidak selesa.
Menyucikan lelehan haid dan nifas - Sifat astrigen manjakani juga boleh menyerap lebihan darah haid dan nifas.
Mencegah bau yang tak diingini - Sifat astrigen manjakani boleh membunuh kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
Menguatkan gigi dan tulang - Manjakani mempunyai kalsium yang akan menguatkan gigi dan tulang.
Melawaskan pembuangan air - Melawaskan pembuangan air kerana Manjakani mempunyai serat makanan yang tinggi.
Menjamin kesihatan tubuh badan - Manjakani kaya dengan zat galian, vitamin, karbohidrat dan protein.
e. Khasiat Bunga Bakawali
Bunga yang misteri kerana hanya kembang pukul 12 malam dan layu kembali pukul 3.00 pagi. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night. Mempunyai ciri analgesik yang dapat memberhentikan pengaliran darah pada luka.
f. Biji Melada
Menyembuhkan luka, merawat selesema dan sakit tekak
g. Halia
Merawat
penyakit angin dalam badan, muntah-muntah, cirirt-birit , sakit perut
dan reumatisme. Melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan
membantu penghadaman makanan
h. Ibu Kunyit
Awet
muda, mempunyai sifat analgesik (Penahan sakit), Merawat luka luaran
dan dalaman, mempunyai sifat anti-bakteria (membunuh kuman), Melancarkan
pengaliran darah dan menghilangkan muka pucat terutamanya ibu-ibu dalam
pantang.
2. Bengkong Jati Berherba – RM55.00
Dengan
cara pemakaian yang mudah, Bengkong Jati Berherba akan mengembalikan
bentuk tubuh anda kepada asal dalam masa yang singkat.
Kenapa anda perlu menggunakan Bengkong Jati Berherba?
- Bengkong ini akan mengempiskan dan mengembalikan bentuk tubuh badan yang asal
- Membantu mengecutkan saluran peranakan
- Memulihkan tenaga selepas bersalin
- Melancarkan perjalanan darah
- Mengeluarkan lemak berlebihan yang terdapat pada bahagian perut
Mudah Dan Selesa Dipakai
Bengkong
ini menggunakan sistem tali zigzag dihadapan yang mudah dan kejap.
Boleh dipakai sendiri tanpa bantuan orang lain. Barut ini juga dibuat
dengan kain belacu yang berkualiti
Kain bengkong yang tebal dan tahan lama
Kain
yang digunakan adalah kain belacu yang tebal dan berkualiti. Tak mudah
terkoyak, boleh digunakan pada kelahiran akan datang. Anda akan dapat
jimat!
3. Losyen Jati Emas – RM35.00
Kandungan Herba -Halia bara, lengkuas, gendong rusa, bawang putih dan serai wangi. Fungsinya memanaskan
perut(rahim) selepas bersalin, ia meresap dibawah kulit (Tidak panas
semasa diatas kulit) lalu mencairkan lemak, membuang angin, melancarkan
peredaran darah, menguatkan rahim dan mengempiskan perut.
4. Losyen Jati Embun – RM15.00
Kandungan
Herba -Halia bara, lengkuas, gendong rusa, bawang putih dan serai wangi
(Ramuan yang sama dengan Losyen Jati Emas cuma dengan kepekatan yang
lebih rendah). Fungsinya meredakan masalah kembung dan kesejukan, menghindarkan ruam dan kegatalan.
5. Harum Bawahan (4 paket) – RM48.00
Berfungsi menghindarkan
keputihan, mengecutkan rahim dan kulit bermasalah, menghindarkan angin
meroyan, menghindar bau hanyir bersalin dan haid.
Cara guna:
Rebus 1 paket harum bawahan dengan 5 jag air, biarkan ia suam dan gunakan 3 kali sehari. Guna hingga herba hilang warnanya.
6. Ibu Mandi (2 paket) – RM24.00
Berfungsi membuang
angin dan lenguh dalam badan, memanaskan badan ibu bersalin,
mengembalikan kesegaran badan, meredakan keletihan dan stress.
Cara guna:
Rebus
1 bungkus Ibu mandi bersama daun mandi, biarkan suam dan mandilah
seperti biasa. Jika tidak ada daun mandi, rebus Ibu mandi bersama 1
baldi air, ambil 3 jag campur dengan 1 baldi air biasa, mandilah
sehingga IbuMandi yang direbus hilang bau dan warnanya.
Kenapa pilih "Set Bersalin Jati Indah"?
Ramuan 8 jenis herba yang cukup berkesan dan juga boleh digunakan sebagai Supplement (Bersifat dwi-fungsi)
Ramuan
8 herba Jati Indah yang sangat berkhasiat, malahan 2 daripada herba
Jati Indah ini; Habbatus sauda dan manjakani memang terkenal sejak dulu
lagi sebagai herba yang cukup berkhasiat untuk kesihatan zahir dan batin
wanita, ditambah lagi 6 herba tambahan untuk menjamin kesihatan zahir
dan batin wanita setiap masa jika diamalkan sebagai suplemen.
Barut yang berkualiti, berkesan, selesa dan mudah dipakai
Bengkung
berherba dengan ramuan herba yang diwarisi turun temurun ini memang
sudah terbukti keberkesanannya, dibuat dengan kain belacu yang tebal dan
berkualiti supaya selesa dipakai dan tak mudah rosak
Lengkap dengan losyen dan herba mandian untuk kegunaan luaran dan bayi
Harum
bawahan, Ibu mandi, losyen Jati Emas dan Losyen Embun akan memastikan
anda tidak stress, tenang selalu, kulit anda terjaga dengan baik dan
membuang angin dan menghindar keputihan
Senang hati dan tenang dalam tempoh berpantang
Anda
tak perlu risau memikirkan kesihatan anda sepanjang tempoh berpantang
kerana dengan mengamalkan "Set Bersalin Jati Indah" dengan ramuan herba
yang cukup berkhasiat akan memberi anda keyakinan yang tinggi untuk
menjalani tempoh berpantang tanpa masalah dan badan anda akan kembali
ramping selepas berpantang
Boleh dibeli secara berasingan
Jika
anda ingin mencuba "Tablet Jati Indah" sebagai suplemen tidak ada
masalah untuk membeli "Tablet Jati Indah" sahaja. Malahan jika anda
ingin membeli Ibu mandi atau losyen ataupun harum bawahan sahaja pun
boleh dibeli secara berasingan.
Harga yang cukup berpatutan berbanding dengan kualiti produk
Anda
boleh mendapatkan "Set Bersalin Jati Indah" keluaran Syarikat Rohdani
dengan harga yang cukup berpatutan dari pengedar-pengedar yang dilantik.